Bismillahirrahmanirrahim.Nindia post pertama, ketaq aih nak type pun. Tapi tak pa, hari ni nak share pasai tajuk kat ataih nuh. Kenapa 'The Cycle Of Power'???. Haaa, jom kita tengok bersama sama. 'The Cycle' yang dimaksudkan adalah kitaran atau peringkat. Macam yang kita tahu, setiap perkara berlaku mesti berperingkat peringkat ataupun evolusi. Even kehidupan kita pun berperingkat peringkat, dari kecik comei comei tu jadi tua yang tak bermaya,contohnya.The Power pula bermaksud pangkat atau darjat.Penulis Marvel pernah berkata, "With a great Power,come great Responsibilities".Cuba kita bayangkan jika spiderman dan batman hanya duduk dan bermain congkak sedangkan raksasa sedang memusnahkan dunia? Label atau gelaran yang paling sesuai untuk mereka ialah 'org yg tak bertanggungjawab'. Sama la mcm pangkat, semakin tinggi pangkat kita semakin berat tanggungjawab kita. Kan!Kan!Kan!.Kalau kita tak gunakan pangkat yang diberikan ini dengan baik juga akan digelar 'orang yang tak bertanggungjawab' .Pangkat dan darjat ni sebenarnya merupakan nikmat dan ujian daripada Allah.Hah? nikmat?ujian? Kenapa pulak?!?!.Memang betoi yang pangkat dan darjat ini merupakan nikmat dan ujian la!! Kenapa? X percaya? Pangkat menjadi nikmat apabila kita mempunyai kuasa atau POWER untuk melakukan sesuatu perkara manakala pangkat ini menjadi ujian sama ada kita boleh menjadi seorang yang amanah dan bertanggungjawab atas pangkat kita atau tidak.
Jadi sekarang ni kita merupakan seorang remaja yang dahagakan untuk menjadi seorang pemimpin. Jadi kita harus mengenal cara atau sistem untuk menjadi pemimpin yang berjaya.Marcapada ini, menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu yang mustahil lagi.Tetapi, agak sukar untuk menjadi pemimpin yang cekap dan perkara ini menjadi agenda nasional yang hangat diperkatakan. Pernahkah kita terpikir bagaimana hendak menjaga orang di bawah kita semasa kita sudah menjadi seorang pemimpin kelak? Mungkin ada yang pernah, dan ada yang baru terlintas di fikiran.Bukan mudah tau untuk menjadi seorang pemimpin.Bagi melatih diri kita untuk menjadi seorang pemimpin, kita mestilah menjadi seorang guru terlebih dahulu.Konsep guru ialah memastikan orang dibawahnya mencapai kejayaan duniawi dan kemurniaan akhlak.Guru boleh ada dimana2.Mak ayah boleh jadi guru, abang atau kakak pun boleh jadi guru.Masyarakat sekeliling pun boleh jadi guru tau, dengan mengawal kerencatan dalam kelompok sosialnya!Dipendekkan cerita, semua tertindak menjadi seorang guru.Termasuklah kita sebagai rakan.Guru diberikan amanah dan pangkat oleh Allah untuk mendidik anak buahnya.Jadi bagaimana kita nak laksanakan amanah kita dengan baik dan cekap?
Mengenal rakan kita merupakan cara yang mudah dan efesien untuk menjadi seorang guru yang cekap kepada rakan rakan kita.Kalau hampa semua nak tau, ahli psikologi mengatakan bahawa setiap manusia tidak akan terlepas daripada 4 domain atau kategori, iaitu V,A,K,D. Hah, natang apa tuh??
Hahaha. Baik, yang pertama! V mewakili visual. Manusia yang berkategori visual ini bila dia bercakap, dia perlukan orang dihadapan dia.Hal ini kerana manusia seperti ini banyak menggunakan penglihatan.Bila belajar, mereka lebih sukakan gambar yang ditayangkan lebih daripada cakap-cakap guru yang sampai kadang kala berbuih mulut. Kategori ini jugak mementingkan gaya melebihi keperluan. Contohnya membeli kasut."ish tak sedap aih pakai kasut ni",kata ahmad dalam hatinya, tetapi apabila mendengar kawannya berkata "fuyyyooo! Cantik kasut tu baq hang!".Tidak kira sama ada selesa atau tidak, dia tetap akan lakukan jika kelihatan elok di mata orang lain.Bila kita berhadapan dengan orang sebegini, kita haruslah bercakap dengan lebih pantas dari biasa dan cara ucapkan tahniah kepadanya ialah dengan menunjukkan tanda isyarat seperti thumbs up!Mereka akan menerima thumbs up itu melebihi yang kita sangkakan.
Yang keduanya!A untuk Audiotori! Mereka yang berada dalam golongan ini lebih suka mendengar.Depa ni bila bercakap, gunakan ritma.Jika di dalam kelas, mereka dapat menangkap apa yang guru cakap lebih daripada lukisan guru yang seakan akan lukisan pra sekolah.Mereka ini mempunyai daya tahan tidur yang lebih lama berbanding visual. Perkataan seperti "laaaa! Satgi depa kata apa!" dapat mencerminkan bahawa seseorang itu dalam golongan audiotori.Cara untuk kita berbual dengannya ialah dengan duduk disisinya bukan dihadapan dan kita kena cakap laju sikit supaya lebih clear atau jelas.
Nak tau dak yang ketiga? Worrait! Yang ketiga ialah K yang bermaksud Kinestetik.Apa yang lucunya ialah , mereka ini tidak cukup hanya dengan melihat seperti golongan visual, dan mereka tidak cukup hanya dengan mendengar seperti audiotori. Golongan ini sangat suka kepada attachment tau! Aik?!? Awat senyum? Otak kuning betoi la.... maksud daripada attachtment tu adalah mereka memerlukan sentuhan atau feel untuk mempelajari sesuatu.Golongan ini langsung tidak dapat bertahan lama, hal ini kerana mereka memerlukan move atau pergerakan.Mereka mereka inilah yang akan menjadi pengacau atau penghasut rakan rakan lain daripada belajar .Cara untuk kita ucapkan tahniah kepadanya ialah dengan lakukan sedikit attachtment iaitu dengan menyentuh bahu contohnya,sebelum mengucapkan tahniah.
Dan yang akhir sekali,D yang merupakan capital kepada Digital. Mereka ini boleh diibaratkan sebagai Mr.Bean. Mungkin agak kelakar tapi, golongan ini tidak banyak berkomunikasi dengan orang lain.Perkara ini berlaku kerana mereka lebih banyak berkomunikasi dengan diri sendiri.Biarpun mengambil masa yang lama, tetapi mereka akan membuat keputusan yang terbaik dalam sebarang keputusan.Malangnya, cara untuk mengucap terima kasih kepada mereka adalah ..... tiada. Hanya mereka tahu bagaimana hendak mengucapkan terima kasih kepada diri mereka sendiri.Yang penting adalah, golongan ini tidak boleh dipaksa, kerana mereka akan menghadapi stress yang agak teruk.
Bayangkan jikalau empat sahabat yang setiap seorang mempunyai domain yang berbeza singgah di kedai makan. Mampuih tak mak an sampai ke sudah la jawabnya.
Jadi, anda berada pada domain atau kategori yang mana? Kalau anda tergolong dalam semua domain, maknanya anda adalah seorang yang layak bergelar pemimpin.
Alaaa!!!! Susah ah ceni nak jadi pemimpin!Malas ah!.Jangan la cakap macam tu. Memang diakui,susah untuk ubah seseorang.Tapi nak tau dak satu kata2 hikmat? Nak ka dak?!?!? Kata2 hikmat tu adalah "When I face a problem, I know that the problem is always I. Biarlah broken english ka apa, tapi kita kena ingat, bahawa musuh ketat kita ialah diri sendiri. Oleh itu, betulkan yang biasa, dan biasakan yang betui, In Sya Allah, Allah akan membimbing kita kearah menjadi seorang pemimpin yang berkaliber.
Lihatlah, betapa hebatnya manusia yang diciptakan oleh Allah ini.Allah telah kurniakan pelbagai nikmat kepada kita, oleh itu, cuba untuk berterima kasih dengan menjadi seorang pemimpin yang tidak hanya mementingkan keduniaan, malah akhirat juga.
Akhir kalam, terima kasih kerana sudi membaca blog saya, maaf andai mengguris hati mana mana pihak atau terkasar bahasa.Yang baik semua datang dari Allah, yang buruk juga datang dari Allah tapi disalurkan oleh saya. Syukron.