Umum mengetahui bahawa sayap selalunya dikaitkan dengan burung. Kerana burung menggunakan sayap untuk terbang. Ka burung terbang guna paruh?( hambar) Sayap kan.Burung yang boleh terbang la satgi ada pulak yang cakap "eh burung unta x terbang pun". Tak pasai pasai jenuh nak menjawab pulak.Hehe.Jadi bolehkah seekor burung (yang boleh terbang) terbang dengan hanya menggunakan sebelah sayap? Begitu juga dengan mereka yang telah terjebak dengan gejala negatif.
Dalam meniti onak kehidupan sebagai seorang remaja. Kita akan melalui satu fasa dimana kita perlu memilih antara jalan yang baik mahupun sebaliknya.Malangnya, kebanyakan remaja sekarang memilih untuk mengambil jalan yang sebaliknya.Mungkin kita sendiri tergolong dalam golongan ini atau kita mengenal rakan yang terjebak dalam golongan berhaluan negatif ini.Pernah terlintas tak dalam akal anugerah Allah ini mengapa kawan2 kita yang dok main bola skali dengan kita boleh tersasar? Maaf tapi bagi saya, punca masalah kawan2 kita tersasar adalah kerana kita sendiri.
Dalam kitab 'wajib asy-syabab al yaum' ( kewajipan remaja muslim hari ini )yang dikarang oleh Dt Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawa salah satu kewajipan remaja muslim pada hari ini untuk berdakwah. Sama ada dakwah islahiah (sesama Islam)mahupun islamiah (kepada non muslim). KITA tetap kena berdakwah. Pernah tak kita cuba untuk tarik rakan kita yang terperangkap dalam genggaman anasir barat itu dari jalan yang salah itu kepada jalan yang benar?Malahan, ada yang terus membiarkan mereka berturusan begitu.Eh Islam tak ajar tau penganut agama Islam buat mcm tu.
Ahli psikologi pernah mengatakan bahawa 'Every Behaviour Serve A Positive Intention'. Jadi sebagai kawan, kita kena paham bahawa semua tingkah laku bawa kepada benda yang baik. Setiap perlakuan manusia mesti dia mahukan perkara yang positif dari tindakannya itu.
Jadi bagaimana kita nak mulakan langkah pertama kita untuk membendung rakan kita dari terus melarikan diri dari jalan yang benar?Perkara yang pertama yang kita mesti faham adalah tidak semua masalah perlu diselesaikan secara directly proposanal dengan masalah yang dihadapi.Kadangkala kita perlu lihat masalah itu dari semua aspek atau segi.Untuk yang muslim, pernahkan kita dengar yang solat tu mencegah kemungkaran. Kan3! Tpi...... kenapa eh?? Bila kita kaji solat itu apa, sebenarnya kita akan dapat tahu bahawa semua perkara yang berkesinambungan dengan solat menbawa kepada amalan nilai murni. Tak percaya?Jom check tengok.
Waktu solat→ Disiplin
Saf → Adil
Khusyuk → Fokus
Bilangan rakaat→ Jujur
Betoi kan? Tu baru sebilangan dari perkara solat, belum semua. Antara perkara yang Allah nak ajaq kita dalam solat adalah cara menyelesaikan masalah. Allah cegah kita daripada melakukan kemungkaran dengan menerapkan nilai2 murni dalam hati kita. Allah menunjukkan bahawa bukan satu sahaja cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Perkara yang sama juga dapat ditonjolkan oleh presiden Turkey. Sapa dia presiden Turkey ni?? Kamal antartuk? Bukannnn......presiden Turkey buat masa ini bernama.....JENG3! Recep Tayyip Erdogan. Kalau nak cerita tentang biodata dia mungkin agak penat saya nak type. Tapi dipendekkan cerita, beliau merupakan orang yang bijak sewaktu beliau ingin membuang sikap suka minum minuman beralkohol. Perbuatan yang dilakukan oleh Erdogan ini mungkin tidak dapat dijangkau oleh sebilangan masyarakat, termasuk saya.Apa yang beliau buat sampai hebat ni sesangat ni?!?!Beliau telah haramkan aktiviti minum arak dalam radius 1 km dari kawasan sekolah.Walaupun tindakannya ditentang segelintir rakyatnya, namun dengan rileknya dia tamparan hebat dengan menjawab "kamu semua nak anak- anak kamu minum arak?".
Nak contoh lagi? Contoh mudah, semasa perjanjian hudaibiyah. Perasan tak yang isi kandungan perjanjian tu nampak berat sebelah.Dimana orang yang Makkah yang berhijrah ke Madinah tanpa kebenaran perlu dipulangkan manakala orang Madinah yang berhijrah ke Makkah tidak perlu dipulangkan semula.Namun, kenapa Islam berjaya membuka kota Makkah??? Bila orangg Makkah berhijrah ke Madinah, bermakna dia menerima Islam dengan ikhlas, dan dia akan dipulangkan ke Makkah dalam keadaan dia beragama Islam, dan orang Madinah yang berhijrah ke Makkah tak semestinya mahu berubah agama, mungkin disebabkan faktor keluarga atau rindu akan rumah. Cuba fikirkan, dalam tempoh yang lama, Makkah atau Madinah yang mempunyai penduduk Islam yang lebih ramai??
Pernah tengok kung fu panda?? Mana ada kunf fu len dah kan, ada ka kungfu biawak?? Tengok macam mana sifu ajar panda? Lain daripada cara lain kan? Dengan menggunakan makanan.
Contoh agenda nasional yang kian hangat diperkatakan oleh semua pihak ialah masalah 'kapel'.Jadi cari punca kepada permasalahan ini. Bagi saya,punca berlakunya 'kapel' ini ialah salah satu atau kedua dua pihak tidak menjaga hijab mereka. Untuk pengetahuan semua walaupun semua dah tau, hijab terbahagi kepada pelbagai aspek, pandangan,cara berjalan, cara berpakaian, cara bercakap.Jadi lihat masalah ini dari sudut yang lain.In Sha Allah kita dapat mengajarkan rakan2 kita tentang cara menjaga hijab terutama di hadapan berlainan jantina.
Jadi bukakanlah minda kita, terutamanya dalam menyelesaikan masalah.Bantu rakan2 kita yang masih lagi terpinga pinga dalam arus dunia kejahilan. Mereka diibaratkan sebagai burung yang hanya mempunyai sebelah sayap sahaja, jadi kitalah yang bertanggungjawab untuk menjadi sayap yang satu lagi supaya dia dapat terbang bebas diudara.Bagi yang pernah atau sedang berusaha menjadi sayap untuk rakan anda, jangan berhenti dan teruskan berjuang,Fighting!, manakala yang belum memulakan langkah pertama sekalipun, jangan biarkan ego yang akan memakan diri terus mengawal diri anda. Mulakan dengan perkara yang baik kerana pepatah arab ada berkata yang maksudnya, permulaan yang baik menunjukkan pengakhiran yang baik.In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment