Friday, 13 November 2015

Husnudzon

Husnudzon ni... maknanya, bersangka baik. Nak cerita ni! Dengarlah!

Dua hari lepas jalan2 ronda Kuala Kangsaq,masa kami nak order nasi kandar dekat gerai tepi jalan, datang pelayan perempuan melayu

Berlengan pendek,
Bertudung pendek,
Berseluar carrot,

Aku lelaki, jadi... paham2 ja la , kadang-kadang usha sampai tak ingat dunia.Mula-mula aku dan member kutuk dia,"betina x guna,garik dan gaut." Walaupun kami yang usha dia, biasalah, mulut tak berinsurans kata orang tua jiran tok kawan punya anak menantu.

Sehinggalah salah seorang daripada kami berkata

"Tak elok aih hampa kata lagutu, pikiaq hat baik sudah la

Mungkin dia...
Diragut dan tudungnya tertanggal..

Mungkin,
Dia diragut dan jatuh tersembam ke jalan tar dan menyebabkan lengan bajunya terkoyak...

Mungkin,
Dia diragut, jatuh, dan dipaksa untuk memakai seluar yang ketat..

Aku pun tunduk malu....kelu dan kaku..... sekaligus membeku. Tak mampu bersuara dan berinteraksi. Bagaikan ratusan jarum mecucuk-cucuk hati.

BerHusnudzonlah,(bersangka baiklah) In Sha Allah, hang baik dengan orang. Orang pun baik dengan hang.

Tuesday, 10 November 2015

Syukur

Alhamdulillah, sampai juga ke daratan dengan selamat setelah berada dilautan sepanjang malam, mencadat sotong.

Mereka kata candat sotong itu sukar, tapi nak habaq kata melayu pantang dicabar, lautan yang luas kami redahi sekeluarga.

Masa lampu hijau dinyalakan, aktiviti mencadat pun dimulakan, ada yang dapat seekor, ada yang dua ekor, dan paling teruk, candat- candat dapat plastik keropok lekor(rekaan ja).

Tapi bila dinyalakan lampu merah, berpuluh- puluh ekor sotong dapat dilihat walaupun menggunakan mata kasar.

Tapi, ALLAH saja yang tau rezeki kita, biarlah berapa ekor sotong pun dilautan, kalau bukan rezeki kita, memang sampai berjanggut pun tak kan dapat.

Rezeki milik Allah, maka bersyukurlah akan setiap nikmat yang Allah kurniakan.

Firman Allah.

''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (QS 16: 18).

Cuba ambil kalkulator tengok. Kirakan jumlah nikmat yang Allah bagi kat kita. Dengan darah berjalan dengan lancar. Ada jari yang cukup. Kira yang kat badan kita saja, tak perlu nak kira bini hok molek, keluarga meriah apa semua. Confirm rosak jem punya kalkulator.

Kalau kita kira nafas sebagai kiraan nikmat. Nafas ada dua, orang putih kata Inhale and exhale. Kalau kita kira nafas kita, dah tu bila nak habis? Mati baru habis.

Cerita bab nafas ni, manusia selalu ingat akan sesuatu nikmat cuma apabila nikmat tu sudah tiada. Jadi, cuba suruh bini kita atau sesiapa saja sediakan besen berisi air. Dengan perlahan-lahan masukkan muka kita kedalam besen tersebut. Tahan la nafas tu sampai tahap maksimum. Dan saat itu kita akan dapat feel betapa besarnya nikmat Allah.

Macam mana eh nak bersyukur?? Haha.. cukup sekadar ucap 'Alhamdulillah'.Bersyukurlah kerana syukur ibarat vaksin, anti-racun dan antiseptik

Jadi mulakan hari kita dengan kesyukuran, supaya kita dapat mensyukuri hari-hari yang lain.

Friday, 6 November 2015

Adakah kau lupa?

Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti (iklan televisyen). Malaysia juga mempunyai jutaan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Umum mengetahui bahawa negara Malaysia majoriti beragama Islam. Tahukah anda, Malaysia sebenarnya pernah berada di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah? Yang membawa maksud, kerajaan Islam suatu ketika dahulu telah meluaskan penguasaannya hingga dua pertiga dunia! Fuyyooo! Luas tu!
        Tapi persoalan yang sering berlegar dalam kepala saya, mengapa remaja atau masyarakat yang beragama bukan Islam lebih maju daripada umat Islam  sendiri khususnya dalam negara Malaysia kini?Mengapa mereka lebih jauh kehadapan berbanding kita(umat Islam)?Adakah ini semua permainan politik? Atau kita memberi peluang kepada mereka? Atau kesilapan yang datang atau bermula dari ego kita sendiri?
          Remaja yang dikatakan beragama Islam sekarang lebih suka untuk lari dari masalah berbanding menyelesaikannya. Sebagai contoh, bila disoalkan perbezaan bangsa Melayu yang majoritinya Islam dengan bangsa yang lain, remaja kini menggunakan cara mudah untuk melarikan diri dari masalah tersebut dengan membangkitkan isu perkauman. "Cina celaka! India celaka! Semua celaka!Mereka cuma pendatang satu ketika dahulu". Ungkapan ini yang gemar diajukan oleh masyarakat melayu sendiri.Bukan semua, tapi sebilangan kecil.
            Ini bukan hal perkauman,ini bukan isu politik. Tetapi ini isu bagaimana orang Islam nak maju kehadapan.Ini isu bagaimana nak kembalikan empayar Islam yang agung dan kuat satu ketika dahulu. Adakah kau lupa, Islam berkembang pesat satu ketika dahulu? Adakah kau lupa,orang bermati-matian untuk menegakkan agama Islam satu ketika dahulu?Adakah kau lupa, kerajaan Islam pernah memayungi dua pertiga dunia dimana Malaysia juga pernah berada di bawah naungan Islam? Atau kita hanya ingat kepada sejarah pemain bola kesayangan kita? Critiano Ronaldo, Messi, Neymar? Atau kita hanya ingat kepada pelakon dan penyanyi luar negara kegemaran kita? Ramai yang lupa bahawa majoriti dari benda atau alatan sekarang ini telah dicipta oleh orang Islam tetapi dicetak rompakkan oleh bangsa Eropah. Contohnya cawan, walaupun mata sudah jemu melihat cawan setiap hari, tapi pernahkah kita terfikir kepada pembuat cawan tersebut? Dan walaupun cawan tu kelihatan seperti satu teknologi yang mudah, tapi cawan memainkan peranan besar dalam kehidupan kita.
            Mana hilangnya semagat Ghazi? Mana hilangnya semangat untuk naikkan agama? Mana? Mana? Mungkin suntikan negatif anasir- anasir di seluruh pelusuk dunia telah menenggelamkan masyarakat Islam khususnya dalam arus pemodenan yang menekankan sekularisme
        Bagi saya, suntikan yang terbaik dalam menjatuhkan umat Islam ialah sifat mencari kekayaan. Majoriti daripada remaja muslim hari ni tersungkur dan terjerumus dalam era mencari kekayaan, bukan ilmu.Sebelum masuk kelas, berapa ramai yang setkan minda dia yang dia akan belajar benda baru? Tak ramai sebenarnya, sebab semua sedang berlumba-lumba mencari kekayaan, kesenangan, bukan ilmu pengetahuan.
       Tapi orang kaya tidak bermakna orang itu kebahagiaan bukan? Biarpun ada buah mulut yang mengatakan bahawa kaya memudahkan kita untuk buat kebaikan dan kaya juga membawa kita ke jalan kemungkaran. Tapi, kekayaan hanya memainkan peranan yang kecil dalam menjamin kebahagiaan seseorang. Pernahkah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan 'orang kaya'? Orang kaya bermaksud mereka yang tidak mempunyai masalah dengan harta, yang membawa maksud manusia yang berada didalam hutan lebih kaya dari Abdul Wahub.
       Buktinya tang mana? Contoh yang kita dapat lihat ialah Ibn Battuta. Kalau kita baca sejarah beliau memang panjang. Ringkasnya, beliau merupakan  peneroka dunia. Bukan sahaja peneroka, malah pelukis peta ok! Uniknya beliau, beliau meneroka dunia dengan hanya menggunakan duit yang sedikit.Beliau akan pergi ke Makkah dan tunggu rombongan yang datang dari setiap pelusuk dunia dan mengikuti mereka pulang. Beliau menggunakan kesempatan itu untuk melukis peta. Setelah tiba di destinasi, beliau akan menunggu mana mana rombongan yang ingin ke Makkah semula. Dan kehebatan lukisan beliau dapat dilihat apabila lukisannya di simpan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan petanya menjadi top secret.
            Dalam konteks yang sama, pelajar kini terlalu fanatik untuk mencari kekayaan sehingga lupa untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Seperti yang kita sedia maklum, cemerlang merupakan satu skop yang luas. Ada yang cemerlang kat akedemik, ada yang cemerlaing dalam perpaipan, ada yang cemerlang kat bidang masakan. Tapi cemerlang dari segi Islam bermaksud bagus dari sahsiah dan rohaniah. Masalah sosial kini menjadi agenda utama nasional yang hangat diperkatakan dam tertumpu kepada remaja. Sehinggakan ada pelajar yang sanggup menjual badannya semata- mata mencari wang yang mana dia sendiri tau yang duit tu haram. Walaupun ianya agak sukar untuk diterima akal, namun, percayalah, kerana inilah realiti anak muda sekarang. Dari segi perspektif yang lain, sikap tidak berdisiplin koi lama koi menular dalam kalangan anak muda kini. Contoh yang paling mudah dilihat ialah tidak patuh pada janji. Kita(anak muda) sering mengatakan "haaa dekat trakfik light dah ni, 5 minit lagi aku sampai" sedangkan trakfik light tersebut terletak 1 kilometer dari kita. Inikah yang diajar dalam Islam? Walaupun perkara ini dipandang remeh, namun perkara ini memainkan peranan yang besar dalam menunjukkan imej kita sebagai orang Islam. Cuba kita mengalih pandangan kita melihat negara- negara maju yang lain. Sebagai contoh, Jepun. Jepun merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang penuh dengan nilai estetika terutamanya tepati janji. Kalau depa kata pukui 5 tepat pukui 5 la depa sampai. Sebab itu mereka dipandang tinggi oleh negara lain. Maaf tapi saya terpaksa mengatakan yang masyarakat mereka lebih Islam dari orang Islam.                   
       Ibn Khaldun menyatakan 4 keistimewaan manusia iaitu haiwan ijtima'i ( makhluk bermasyarakat), haiwan Natiq (makhluk berakal dan bertutur), haiwan siyasi(makhluk berpolitik), dan haiwan Iqtisadi (makhluk berekonomi).Gunakanlah keistimewaan manusia yang kedua seperti yang dikhabarkan oleh Ibn Khaldun itu untuk memotivasikan diri kita semasa ke semasa.
           Oleh itu, ayuh kita(remaja Islam) bangun, meleraikan semua rantai anasir barat yang perlahan- lahan merantai kita tanpa kita sedari daripada menjadi muslim yang sebenar. Kembalikan zaman kegemilangan kerajaan Islam yang dipandang tinggi satu ketika dahulu. Professor Izzi Haji Ali mengatakan bahawa perkataan 'klasik' berasal dari perkataan 'klas damsyik' dimana damsyik merupakan pusat bagi pemerintahan kerajaan Abbasiyah dan perkataan ini digunakan oleh orang eropah semasa berada pada zaman gelap. Kembalikan zaman tersebut. Usah menunding jari kearah orang lain, kerana 4 lagi jari akan menghala kita semula. Kita tidak semestinya fokuskan akhirat hingga lupakan dunia seperti wali- wali Allah yang lain sebagai contoh Rabiatul Adawiyah atau Raja Hassan Al Basri yang mana kalau kita baca sirah Raja ini, ada beberapa kali Allah sentapkan hati beliau sehingga beliau meninggalkan semua kekayaan beliau kerana ingin mentauhidkan Allah.Tapi, kita boleh jadikan dunia ini sebagai jambatan ke akhirat.
Berubahlah menjadi muslim yang baik. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Menilai Buku Dari Sampulnya

     Kata jiran kepada tok aku punya anak menakan, jauh perjalanan, luas pengetahuan. Itulah yang aku rasa semasa aku berkunjung ke Pulau Langkawi.Ini adalah kali kedua, atau ketiga, atau keempat kalinya aku berada di Pulau Langkawi.Aku pi sana mcm biasa la, dengan menggunakan bot.Jarang orang guna kereta pi sana. Tapi yang specialnya! kali ini aku pergi ke sana dengan kawan- kawan (rombongan skolah).Keseronokannya tak boleh ditafsirkan melalui kata-kata.Segelintir remaja lebih gemar untuk menggagungkan luar negara berbanding negara sendiri. Tapi kan, walaupun Pulau Langkawi tu tak la semaju kawasan-kawasan negara luar yang lain seperti Tokyo atau Phuket,bila kita niatkan kerana Allah, kawasan yang tak maju(kata orang) pun boleh jadi bombastik!Walaupun sudah acapkali aku berada di tempat orang, tapi pengalaman dekat Langkawi ni sedikit berbeza dan lebih menarik.Maksud aku, pengalaman yang lain dari yang lain.
        
           Macam biasa, aku pun manusia yang lemah,dan syaitan kerap-kerap mengganggu aku.Tambahan, Langkawi merupakan agen penarik pelancong luar untuk datang ke Malaysia. Jam menunjukkan tepat jam 1.30 pagi, aku dan rakanku yang sedang gembira membeli belah singgah di sebuah warung kecil yang terdapat di tepi jalan.Mataku yang tidak berhenti melihat sekeliling kerana terjekut atau cempera terlihat seorang gadis yang kelihatan berketurunan melayu yang hanya memakai seluar pendek dan baju tanpa lengan atau bahasa mudahnya berada dalam keadaan separuh bogel berada di meja sebelah, menunggu makanannya tiba.Lebih teruk, kat tangan dia ada vape.Pada mulanya, aku tidaklah begitu pelik melihat perkara tersebut, mungkin kerana rata-rata manusia yang berada disitu mengenakan pakaian yang hampir sama.Tapi!!!kepelikannya terserlah apabila makanan yang dipesannya dihidangkan. Tanpa melengahkan masa, dia pun menadahkan tangan dan membaca doa, mungkin doa makan.Haip!! tangan pegang vape, baju kalah orang miskin, pun baca doa ka?!?!?!
    
           Kejadian tersebut membuatkan aku tersedak sebanyak tiga kali dan terfikir sejenak, orang yang berada dalam keadaan separuh bogel pun baca doa? Kenapa tidak aku?Berapa kerat orang Islam sekarang ini yang menjadikan pembacaan doa sebelum makan sebagai tabiat?Aku bermaksud untuk menyuruh hampa semua pakai baju yang membuatkan orang berdarah hidung, bukan!!Tapi apa salahnya kalau kita ambil perkara yang baik yang berlaku kat sekeliling kita untuk dijadikan teladan. Malu wehhh!! Seorang anak dara yang seksi boleh baca doa sebelum makan, inikan kita yang menutup aurat dengan sempurna. Walaupun aku sedar, remaja kini gemar mengambil gambar makanan dan diviralkan di media sosial sebelum makan(walaupun hanya ikan bilis yang digaulkan dengan nasi putih), tapi apa salahnya kalau kita, baca doa makan selepas ambik gambar tuh.Kan sweet kalau macam tu.
            Ingat!! bukan orang yang baik sahaja yang layak untuk memberikan nasihat.Kerana tiada manusia yang dapat lari dari melakukan kesalahan.
             Peristiwa tersebut mengimbau semua pengalaman aku kat Mesir dulu.Seperti yang kita tahu, tamadun mesir purba yang wujud sebagai salah satu tamadun teragung dunia ditadbir oleh Firaun. Pernah tak kita terfikir atau mengkaji mengapa tamadun mesir purba boleh menjadi salah satu tamadun yang terulung sehingga banyak lagi perkara atau rahsia tamadun tersebut yang masih belum terbongkar.Tamadun mesir banyak mengeluarkan atau mewujudkan benda yang tak pernah terfikir oleh masyarakat sehingga kini.Contohnya dalam bidang senjata.Setelah berkunjung ke sana, segala persoalanku terjawab setelah melihat muzium yang penuh dengan mumia. Rupa-rupanya, tanggapan kita yang mengatakan bahawa mereka hanya memumiakan manusia adalah salah.Hal ini kerana mereka juga memumiakan haiwan.Pada mulanya, perkara tersebut menambah lagi persoalan yang berlegar dalam benak otak yang dikurniakan Allah ini.Tapi Alhamdulillah, setelah diterangkan oleh ayahku, segalanya jelas sekarang.Firaun khususnya, menggunakan semua jenis haiwan yang mereka temui untuk dikaji dan di'postmortem' dan kesannya,mereka dapat belajar dari haiwan yang tidak mempunyai akal itu. Jika gajah menggunakan gadingnya untuk menyerang, maka mereka(tentera) mengaplikasikan  senjata itu dalam kehidupan seharian mereka sebagai pedang. Jika buaya mempetahankan dirinya dengan menggunakan kulit yang keras, mereka jadikan perisai yang keras sebagai pelindung.Ya! mereka sebenarnya belajar dari haiwan.Jadi, apa salahnya, kalau kita belajar dari manusia walau apa gaya mereka sekalipun.
             Andai kata kita mendalami bidang psikologi, ada pepatah yang mengatakan "the map is not the territory". Yang bermaksud, luaran seseorang tidak menunjukkan dalamannya.
Saidina Ali r.a juga ada mengatakan:

"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan"
        
          Dan sebenarnya,perkara ini telah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W satu ketika dahulu. Akhir kalam, aku dah lakukan kesilapan bila meanggap yang orang jahat tidak berhak menasihat orang lain.Jadi aku tak mau hampa pun lagutuh. Ingat!! ucapan yang menjadi ukuran, bukan 'siapa'.