Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti (iklan televisyen). Malaysia juga mempunyai jutaan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Umum mengetahui bahawa negara Malaysia majoriti beragama Islam. Tahukah anda, Malaysia sebenarnya pernah berada di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah? Yang membawa maksud, kerajaan Islam suatu ketika dahulu telah meluaskan penguasaannya hingga dua pertiga dunia! Fuyyooo! Luas tu!
Tapi persoalan yang sering berlegar dalam kepala saya, mengapa remaja atau masyarakat yang beragama bukan Islam lebih maju daripada umat Islam sendiri khususnya dalam negara Malaysia kini?Mengapa mereka lebih jauh kehadapan berbanding kita(umat Islam)?Adakah ini semua permainan politik? Atau kita memberi peluang kepada mereka? Atau kesilapan yang datang atau bermula dari ego kita sendiri?
Remaja yang dikatakan beragama Islam sekarang lebih suka untuk lari dari masalah berbanding menyelesaikannya. Sebagai contoh, bila disoalkan perbezaan bangsa Melayu yang majoritinya Islam dengan bangsa yang lain, remaja kini menggunakan cara mudah untuk melarikan diri dari masalah tersebut dengan membangkitkan isu perkauman. "Cina celaka! India celaka! Semua celaka!Mereka cuma pendatang satu ketika dahulu". Ungkapan ini yang gemar diajukan oleh masyarakat melayu sendiri.Bukan semua, tapi sebilangan kecil.
Ini bukan hal perkauman,ini bukan isu politik. Tetapi ini isu bagaimana orang Islam nak maju kehadapan.Ini isu bagaimana nak kembalikan empayar Islam yang agung dan kuat satu ketika dahulu. Adakah kau lupa, Islam berkembang pesat satu ketika dahulu? Adakah kau lupa,orang bermati-matian untuk menegakkan agama Islam satu ketika dahulu?Adakah kau lupa, kerajaan Islam pernah memayungi dua pertiga dunia dimana Malaysia juga pernah berada di bawah naungan Islam? Atau kita hanya ingat kepada sejarah pemain bola kesayangan kita? Critiano Ronaldo, Messi, Neymar? Atau kita hanya ingat kepada pelakon dan penyanyi luar negara kegemaran kita? Ramai yang lupa bahawa majoriti dari benda atau alatan sekarang ini telah dicipta oleh orang Islam tetapi dicetak rompakkan oleh bangsa Eropah. Contohnya cawan, walaupun mata sudah jemu melihat cawan setiap hari, tapi pernahkah kita terfikir kepada pembuat cawan tersebut? Dan walaupun cawan tu kelihatan seperti satu teknologi yang mudah, tapi cawan memainkan peranan besar dalam kehidupan kita.
Mana hilangnya semagat Ghazi? Mana hilangnya semangat untuk naikkan agama? Mana? Mana? Mungkin suntikan negatif anasir- anasir di seluruh pelusuk dunia telah menenggelamkan masyarakat Islam khususnya dalam arus pemodenan yang menekankan sekularisme
Bagi saya, suntikan yang terbaik dalam menjatuhkan umat Islam ialah sifat mencari kekayaan. Majoriti daripada remaja muslim hari ni tersungkur dan terjerumus dalam era mencari kekayaan, bukan ilmu.Sebelum masuk kelas, berapa ramai yang setkan minda dia yang dia akan belajar benda baru? Tak ramai sebenarnya, sebab semua sedang berlumba-lumba mencari kekayaan, kesenangan, bukan ilmu pengetahuan.
Tapi orang kaya tidak bermakna orang itu kebahagiaan bukan? Biarpun ada buah mulut yang mengatakan bahawa kaya memudahkan kita untuk buat kebaikan dan kaya juga membawa kita ke jalan kemungkaran. Tapi, kekayaan hanya memainkan peranan yang kecil dalam menjamin kebahagiaan seseorang. Pernahkah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan 'orang kaya'? Orang kaya bermaksud mereka yang tidak mempunyai masalah dengan harta, yang membawa maksud manusia yang berada didalam hutan lebih kaya dari Abdul Wahub.
Buktinya tang mana? Contoh yang kita dapat lihat ialah Ibn Battuta. Kalau kita baca sejarah beliau memang panjang. Ringkasnya, beliau merupakan peneroka dunia. Bukan sahaja peneroka, malah pelukis peta ok! Uniknya beliau, beliau meneroka dunia dengan hanya menggunakan duit yang sedikit.Beliau akan pergi ke Makkah dan tunggu rombongan yang datang dari setiap pelusuk dunia dan mengikuti mereka pulang. Beliau menggunakan kesempatan itu untuk melukis peta. Setelah tiba di destinasi, beliau akan menunggu mana mana rombongan yang ingin ke Makkah semula. Dan kehebatan lukisan beliau dapat dilihat apabila lukisannya di simpan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan petanya menjadi top secret.
Dalam konteks yang sama, pelajar kini terlalu fanatik untuk mencari kekayaan sehingga lupa untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Seperti yang kita sedia maklum, cemerlang merupakan satu skop yang luas. Ada yang cemerlang kat akedemik, ada yang cemerlaing dalam perpaipan, ada yang cemerlang kat bidang masakan. Tapi cemerlang dari segi Islam bermaksud bagus dari sahsiah dan rohaniah. Masalah sosial kini menjadi agenda utama nasional yang hangat diperkatakan dam tertumpu kepada remaja. Sehinggakan ada pelajar yang sanggup menjual badannya semata- mata mencari wang yang mana dia sendiri tau yang duit tu haram. Walaupun ianya agak sukar untuk diterima akal, namun, percayalah, kerana inilah realiti anak muda sekarang. Dari segi perspektif yang lain, sikap tidak berdisiplin koi lama koi menular dalam kalangan anak muda kini. Contoh yang paling mudah dilihat ialah tidak patuh pada janji. Kita(anak muda) sering mengatakan "haaa dekat trakfik light dah ni, 5 minit lagi aku sampai" sedangkan trakfik light tersebut terletak 1 kilometer dari kita. Inikah yang diajar dalam Islam? Walaupun perkara ini dipandang remeh, namun perkara ini memainkan peranan yang besar dalam menunjukkan imej kita sebagai orang Islam. Cuba kita mengalih pandangan kita melihat negara- negara maju yang lain. Sebagai contoh, Jepun. Jepun merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang penuh dengan nilai estetika terutamanya tepati janji. Kalau depa kata pukui 5 tepat pukui 5 la depa sampai. Sebab itu mereka dipandang tinggi oleh negara lain. Maaf tapi saya terpaksa mengatakan yang masyarakat mereka lebih Islam dari orang Islam.
Ibn Khaldun menyatakan 4 keistimewaan manusia iaitu haiwan ijtima'i ( makhluk bermasyarakat), haiwan Natiq (makhluk berakal dan bertutur), haiwan siyasi(makhluk berpolitik), dan haiwan Iqtisadi (makhluk berekonomi).Gunakanlah keistimewaan manusia yang kedua seperti yang dikhabarkan oleh Ibn Khaldun itu untuk memotivasikan diri kita semasa ke semasa.
Oleh itu, ayuh kita(remaja Islam) bangun, meleraikan semua rantai anasir barat yang perlahan- lahan merantai kita tanpa kita sedari daripada menjadi muslim yang sebenar. Kembalikan zaman kegemilangan kerajaan Islam yang dipandang tinggi satu ketika dahulu. Professor Izzi Haji Ali mengatakan bahawa perkataan 'klasik' berasal dari perkataan 'klas damsyik' dimana damsyik merupakan pusat bagi pemerintahan kerajaan Abbasiyah dan perkataan ini digunakan oleh orang eropah semasa berada pada zaman gelap. Kembalikan zaman tersebut. Usah menunding jari kearah orang lain, kerana 4 lagi jari akan menghala kita semula. Kita tidak semestinya fokuskan akhirat hingga lupakan dunia seperti wali- wali Allah yang lain sebagai contoh Rabiatul Adawiyah atau Raja Hassan Al Basri yang mana kalau kita baca sirah Raja ini, ada beberapa kali Allah sentapkan hati beliau sehingga beliau meninggalkan semua kekayaan beliau kerana ingin mentauhidkan Allah.Tapi, kita boleh jadikan dunia ini sebagai jambatan ke akhirat.
Berubahlah menjadi muslim yang baik. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Friday, 6 November 2015
Adakah kau lupa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment