- Avolio, B. J., et al., Leadership models, methods, and applications. Handbook of psychology, 2003.
Friday, 22 December 2017
What are the unethical things that happened in Sports Direct Plc
Friday, 13 November 2015
Husnudzon
Husnudzon ni... maknanya, bersangka baik. Nak cerita ni! Dengarlah!
Dua hari lepas jalan2 ronda Kuala Kangsaq,masa kami nak order nasi kandar dekat gerai tepi jalan, datang pelayan perempuan melayu
Berlengan pendek,
Bertudung pendek,
Berseluar carrot,
Aku lelaki, jadi... paham2 ja la , kadang-kadang usha sampai tak ingat dunia.Mula-mula aku dan member kutuk dia,"betina x guna,garik dan gaut." Walaupun kami yang usha dia, biasalah, mulut tak berinsurans kata orang tua jiran tok kawan punya anak menantu.
Sehinggalah salah seorang daripada kami berkata
"Tak elok aih hampa kata lagutu, pikiaq hat baik sudah la
Mungkin dia...
Diragut dan tudungnya tertanggal..
Mungkin,
Dia diragut dan jatuh tersembam ke jalan tar dan menyebabkan lengan bajunya terkoyak...
Mungkin,
Dia diragut, jatuh, dan dipaksa untuk memakai seluar yang ketat..
Aku pun tunduk malu....kelu dan kaku..... sekaligus membeku. Tak mampu bersuara dan berinteraksi. Bagaikan ratusan jarum mecucuk-cucuk hati.
BerHusnudzonlah,(bersangka baiklah) In Sha Allah, hang baik dengan orang. Orang pun baik dengan hang.
Tuesday, 10 November 2015
Syukur
Alhamdulillah, sampai juga ke daratan dengan selamat setelah berada dilautan sepanjang malam, mencadat sotong.
Mereka kata candat sotong itu sukar, tapi nak habaq kata melayu pantang dicabar, lautan yang luas kami redahi sekeluarga.
Masa lampu hijau dinyalakan, aktiviti mencadat pun dimulakan, ada yang dapat seekor, ada yang dua ekor, dan paling teruk, candat- candat dapat plastik keropok lekor(rekaan ja).
Tapi bila dinyalakan lampu merah, berpuluh- puluh ekor sotong dapat dilihat walaupun menggunakan mata kasar.
Tapi, ALLAH saja yang tau rezeki kita, biarlah berapa ekor sotong pun dilautan, kalau bukan rezeki kita, memang sampai berjanggut pun tak kan dapat.
Rezeki milik Allah, maka bersyukurlah akan setiap nikmat yang Allah kurniakan.
Firman Allah.
''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (QS 16: 18).
Cuba ambil kalkulator tengok. Kirakan jumlah nikmat yang Allah bagi kat kita. Dengan darah berjalan dengan lancar. Ada jari yang cukup. Kira yang kat badan kita saja, tak perlu nak kira bini hok molek, keluarga meriah apa semua. Confirm rosak jem punya kalkulator.
Kalau kita kira nafas sebagai kiraan nikmat. Nafas ada dua, orang putih kata Inhale and exhale. Kalau kita kira nafas kita, dah tu bila nak habis? Mati baru habis.
Cerita bab nafas ni, manusia selalu ingat akan sesuatu nikmat cuma apabila nikmat tu sudah tiada. Jadi, cuba suruh bini kita atau sesiapa saja sediakan besen berisi air. Dengan perlahan-lahan masukkan muka kita kedalam besen tersebut. Tahan la nafas tu sampai tahap maksimum. Dan saat itu kita akan dapat feel betapa besarnya nikmat Allah.
Macam mana eh nak bersyukur?? Haha.. cukup sekadar ucap 'Alhamdulillah'.Bersyukurlah kerana syukur ibarat vaksin, anti-racun dan antiseptik
Jadi mulakan hari kita dengan kesyukuran, supaya kita dapat mensyukuri hari-hari yang lain.
Friday, 6 November 2015
Adakah kau lupa?
Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti (iklan televisyen). Malaysia juga mempunyai jutaan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Umum mengetahui bahawa negara Malaysia majoriti beragama Islam. Tahukah anda, Malaysia sebenarnya pernah berada di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah? Yang membawa maksud, kerajaan Islam suatu ketika dahulu telah meluaskan penguasaannya hingga dua pertiga dunia! Fuyyooo! Luas tu!
Tapi persoalan yang sering berlegar dalam kepala saya, mengapa remaja atau masyarakat yang beragama bukan Islam lebih maju daripada umat Islam sendiri khususnya dalam negara Malaysia kini?Mengapa mereka lebih jauh kehadapan berbanding kita(umat Islam)?Adakah ini semua permainan politik? Atau kita memberi peluang kepada mereka? Atau kesilapan yang datang atau bermula dari ego kita sendiri?
Remaja yang dikatakan beragama Islam sekarang lebih suka untuk lari dari masalah berbanding menyelesaikannya. Sebagai contoh, bila disoalkan perbezaan bangsa Melayu yang majoritinya Islam dengan bangsa yang lain, remaja kini menggunakan cara mudah untuk melarikan diri dari masalah tersebut dengan membangkitkan isu perkauman. "Cina celaka! India celaka! Semua celaka!Mereka cuma pendatang satu ketika dahulu". Ungkapan ini yang gemar diajukan oleh masyarakat melayu sendiri.Bukan semua, tapi sebilangan kecil.
Ini bukan hal perkauman,ini bukan isu politik. Tetapi ini isu bagaimana orang Islam nak maju kehadapan.Ini isu bagaimana nak kembalikan empayar Islam yang agung dan kuat satu ketika dahulu. Adakah kau lupa, Islam berkembang pesat satu ketika dahulu? Adakah kau lupa,orang bermati-matian untuk menegakkan agama Islam satu ketika dahulu?Adakah kau lupa, kerajaan Islam pernah memayungi dua pertiga dunia dimana Malaysia juga pernah berada di bawah naungan Islam? Atau kita hanya ingat kepada sejarah pemain bola kesayangan kita? Critiano Ronaldo, Messi, Neymar? Atau kita hanya ingat kepada pelakon dan penyanyi luar negara kegemaran kita? Ramai yang lupa bahawa majoriti dari benda atau alatan sekarang ini telah dicipta oleh orang Islam tetapi dicetak rompakkan oleh bangsa Eropah. Contohnya cawan, walaupun mata sudah jemu melihat cawan setiap hari, tapi pernahkah kita terfikir kepada pembuat cawan tersebut? Dan walaupun cawan tu kelihatan seperti satu teknologi yang mudah, tapi cawan memainkan peranan besar dalam kehidupan kita.
Mana hilangnya semagat Ghazi? Mana hilangnya semangat untuk naikkan agama? Mana? Mana? Mungkin suntikan negatif anasir- anasir di seluruh pelusuk dunia telah menenggelamkan masyarakat Islam khususnya dalam arus pemodenan yang menekankan sekularisme
Bagi saya, suntikan yang terbaik dalam menjatuhkan umat Islam ialah sifat mencari kekayaan. Majoriti daripada remaja muslim hari ni tersungkur dan terjerumus dalam era mencari kekayaan, bukan ilmu.Sebelum masuk kelas, berapa ramai yang setkan minda dia yang dia akan belajar benda baru? Tak ramai sebenarnya, sebab semua sedang berlumba-lumba mencari kekayaan, kesenangan, bukan ilmu pengetahuan.
Tapi orang kaya tidak bermakna orang itu kebahagiaan bukan? Biarpun ada buah mulut yang mengatakan bahawa kaya memudahkan kita untuk buat kebaikan dan kaya juga membawa kita ke jalan kemungkaran. Tapi, kekayaan hanya memainkan peranan yang kecil dalam menjamin kebahagiaan seseorang. Pernahkah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan 'orang kaya'? Orang kaya bermaksud mereka yang tidak mempunyai masalah dengan harta, yang membawa maksud manusia yang berada didalam hutan lebih kaya dari Abdul Wahub.
Buktinya tang mana? Contoh yang kita dapat lihat ialah Ibn Battuta. Kalau kita baca sejarah beliau memang panjang. Ringkasnya, beliau merupakan peneroka dunia. Bukan sahaja peneroka, malah pelukis peta ok! Uniknya beliau, beliau meneroka dunia dengan hanya menggunakan duit yang sedikit.Beliau akan pergi ke Makkah dan tunggu rombongan yang datang dari setiap pelusuk dunia dan mengikuti mereka pulang. Beliau menggunakan kesempatan itu untuk melukis peta. Setelah tiba di destinasi, beliau akan menunggu mana mana rombongan yang ingin ke Makkah semula. Dan kehebatan lukisan beliau dapat dilihat apabila lukisannya di simpan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan petanya menjadi top secret.
Dalam konteks yang sama, pelajar kini terlalu fanatik untuk mencari kekayaan sehingga lupa untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Seperti yang kita sedia maklum, cemerlang merupakan satu skop yang luas. Ada yang cemerlang kat akedemik, ada yang cemerlaing dalam perpaipan, ada yang cemerlang kat bidang masakan. Tapi cemerlang dari segi Islam bermaksud bagus dari sahsiah dan rohaniah. Masalah sosial kini menjadi agenda utama nasional yang hangat diperkatakan dam tertumpu kepada remaja. Sehinggakan ada pelajar yang sanggup menjual badannya semata- mata mencari wang yang mana dia sendiri tau yang duit tu haram. Walaupun ianya agak sukar untuk diterima akal, namun, percayalah, kerana inilah realiti anak muda sekarang. Dari segi perspektif yang lain, sikap tidak berdisiplin koi lama koi menular dalam kalangan anak muda kini. Contoh yang paling mudah dilihat ialah tidak patuh pada janji. Kita(anak muda) sering mengatakan "haaa dekat trakfik light dah ni, 5 minit lagi aku sampai" sedangkan trakfik light tersebut terletak 1 kilometer dari kita. Inikah yang diajar dalam Islam? Walaupun perkara ini dipandang remeh, namun perkara ini memainkan peranan yang besar dalam menunjukkan imej kita sebagai orang Islam. Cuba kita mengalih pandangan kita melihat negara- negara maju yang lain. Sebagai contoh, Jepun. Jepun merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang penuh dengan nilai estetika terutamanya tepati janji. Kalau depa kata pukui 5 tepat pukui 5 la depa sampai. Sebab itu mereka dipandang tinggi oleh negara lain. Maaf tapi saya terpaksa mengatakan yang masyarakat mereka lebih Islam dari orang Islam.
Ibn Khaldun menyatakan 4 keistimewaan manusia iaitu haiwan ijtima'i ( makhluk bermasyarakat), haiwan Natiq (makhluk berakal dan bertutur), haiwan siyasi(makhluk berpolitik), dan haiwan Iqtisadi (makhluk berekonomi).Gunakanlah keistimewaan manusia yang kedua seperti yang dikhabarkan oleh Ibn Khaldun itu untuk memotivasikan diri kita semasa ke semasa.
Oleh itu, ayuh kita(remaja Islam) bangun, meleraikan semua rantai anasir barat yang perlahan- lahan merantai kita tanpa kita sedari daripada menjadi muslim yang sebenar. Kembalikan zaman kegemilangan kerajaan Islam yang dipandang tinggi satu ketika dahulu. Professor Izzi Haji Ali mengatakan bahawa perkataan 'klasik' berasal dari perkataan 'klas damsyik' dimana damsyik merupakan pusat bagi pemerintahan kerajaan Abbasiyah dan perkataan ini digunakan oleh orang eropah semasa berada pada zaman gelap. Kembalikan zaman tersebut. Usah menunding jari kearah orang lain, kerana 4 lagi jari akan menghala kita semula. Kita tidak semestinya fokuskan akhirat hingga lupakan dunia seperti wali- wali Allah yang lain sebagai contoh Rabiatul Adawiyah atau Raja Hassan Al Basri yang mana kalau kita baca sirah Raja ini, ada beberapa kali Allah sentapkan hati beliau sehingga beliau meninggalkan semua kekayaan beliau kerana ingin mentauhidkan Allah.Tapi, kita boleh jadikan dunia ini sebagai jambatan ke akhirat.
Berubahlah menjadi muslim yang baik. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Menilai Buku Dari Sampulnya
Macam biasa, aku pun manusia yang lemah,dan syaitan kerap-kerap mengganggu aku.Tambahan, Langkawi merupakan agen penarik pelancong luar untuk datang ke Malaysia. Jam menunjukkan tepat jam 1.30 pagi, aku dan rakanku yang sedang gembira membeli belah singgah di sebuah warung kecil yang terdapat di tepi jalan.Mataku yang tidak berhenti melihat sekeliling kerana terjekut atau cempera terlihat seorang gadis yang kelihatan berketurunan melayu yang hanya memakai seluar pendek dan baju tanpa lengan atau bahasa mudahnya berada dalam keadaan separuh bogel berada di meja sebelah, menunggu makanannya tiba.Lebih teruk, kat tangan dia ada vape.Pada mulanya, aku tidaklah begitu pelik melihat perkara tersebut, mungkin kerana rata-rata manusia yang berada disitu mengenakan pakaian yang hampir sama.Tapi!!!kepelikannya terserlah apabila makanan yang dipesannya dihidangkan. Tanpa melengahkan masa, dia pun menadahkan tangan dan membaca doa, mungkin doa makan.Haip!! tangan pegang vape, baju kalah orang miskin, pun baca doa ka?!?!?!
Kejadian tersebut membuatkan aku tersedak sebanyak tiga kali dan terfikir sejenak, orang yang berada dalam keadaan separuh bogel pun baca doa? Kenapa tidak aku?Berapa kerat orang Islam sekarang ini yang menjadikan pembacaan doa sebelum makan sebagai tabiat?Aku bermaksud untuk menyuruh hampa semua pakai baju yang membuatkan orang berdarah hidung, bukan!!Tapi apa salahnya kalau kita ambil perkara yang baik yang berlaku kat sekeliling kita untuk dijadikan teladan. Malu wehhh!! Seorang anak dara yang seksi boleh baca doa sebelum makan, inikan kita yang menutup aurat dengan sempurna. Walaupun aku sedar, remaja kini gemar mengambil gambar makanan dan diviralkan di media sosial sebelum makan(walaupun hanya ikan bilis yang digaulkan dengan nasi putih), tapi apa salahnya kalau kita, baca doa makan selepas ambik gambar tuh.Kan sweet kalau macam tu.
Ingat!! bukan orang yang baik sahaja yang layak untuk memberikan nasihat.Kerana tiada manusia yang dapat lari dari melakukan kesalahan.
Peristiwa tersebut mengimbau semua pengalaman aku kat Mesir dulu.Seperti yang kita tahu, tamadun mesir purba yang wujud sebagai salah satu tamadun teragung dunia ditadbir oleh Firaun. Pernah tak kita terfikir atau mengkaji mengapa tamadun mesir purba boleh menjadi salah satu tamadun yang terulung sehingga banyak lagi perkara atau rahsia tamadun tersebut yang masih belum terbongkar.Tamadun mesir banyak mengeluarkan atau mewujudkan benda yang tak pernah terfikir oleh masyarakat sehingga kini.Contohnya dalam bidang senjata.Setelah berkunjung ke sana, segala persoalanku terjawab setelah melihat muzium yang penuh dengan mumia. Rupa-rupanya, tanggapan kita yang mengatakan bahawa mereka hanya memumiakan manusia adalah salah.Hal ini kerana mereka juga memumiakan haiwan.Pada mulanya, perkara tersebut menambah lagi persoalan yang berlegar dalam benak otak yang dikurniakan Allah ini.Tapi Alhamdulillah, setelah diterangkan oleh ayahku, segalanya jelas sekarang.Firaun khususnya, menggunakan semua jenis haiwan yang mereka temui untuk dikaji dan di'postmortem' dan kesannya,mereka dapat belajar dari haiwan yang tidak mempunyai akal itu. Jika gajah menggunakan gadingnya untuk menyerang, maka mereka(tentera) mengaplikasikan senjata itu dalam kehidupan seharian mereka sebagai pedang. Jika buaya mempetahankan dirinya dengan menggunakan kulit yang keras, mereka jadikan perisai yang keras sebagai pelindung.Ya! mereka sebenarnya belajar dari haiwan.Jadi, apa salahnya, kalau kita belajar dari manusia walau apa gaya mereka sekalipun.
Andai kata kita mendalami bidang psikologi, ada pepatah yang mengatakan "the map is not the territory". Yang bermaksud, luaran seseorang tidak menunjukkan dalamannya.
Dan sebenarnya,perkara ini telah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W satu ketika dahulu. Akhir kalam, aku dah lakukan kesilapan bila meanggap yang orang jahat tidak berhak menasihat orang lain.Jadi aku tak mau hampa pun lagutuh. Ingat!! ucapan yang menjadi ukuran, bukan 'siapa'.
Saturday, 24 October 2015
Islamic Couple
Sekarang ni ada pulak yang buat peribahasa baru. Islamic Kapel bagai."Eh kami bukan kapel sebarangan?!?! Kami Islamic couple la! Bercinta Lillahita'ala kot!" Kononnya bercinta kerana Allah. Belum berkahwin tapi nak bercinta monyet. Memang monyet betoi la.Hehe.Ada yang bertanya "Eh bolehkan islamic couple?"
Cuba kita bayangkan seorang pengembala babi yang mempunyai seekor babi.Kenal tak babi ni apa? Atau hampa panggil khinzir. Bunyi babi lagu mana? Sebijik! Bunyi khinzir lebih kurang lagutu la .Baik,Babi ini sewaktu dilahirkan diazankan dibacakan surah yassin kepadanya.Tiap tiap hari diberi makan kismis dan kurma sahaja.Dan dimulakan mandinya dengan bismillah dan diakhiri dengan doa. Diberi minum kepada babi ini dengan air zam zam yang dibacakan ayat al-Quran kepada air itu! Dan dijauhkan babi ini daripada sebarang najis.
Kemudian tiba hari raya korban. Pengembala ni pun panggil orang masjid untuk sembelihan.Dan orang masjid pun tanya, mana binatang ternakannya??? Kemudian pengembala ini pun mengeluarkan babinya tadi lalu berkata "In Sya Allah kita buat rare sikit tahun ni. Kita sembelih babi plak la, muak la tiap tiap tahun makan daging kambing dan lembu."
Nak tanya apa agaknya respons org masjid tadi??? Boleh makan dak babi ni??? X boleh? Aihh.... babi ni diberi makan kismis dan kurma kot?!?! Kelahiran dia disambut laungan azan dan bacaan yassin kot?!Boleh ka tidak???
Haram bukan?Jadi boleh atau tidak kita 'sembunyikan' maksiat kita dengan menggunakan istilah ini Islamic Kapel ini? Yang haram akan tetap haram.
Ramai orang buta, kerana salah memilih cinta. Cintakan pokok, pokok akan layu, cintakan harimau, harimau akan meninggalkan belang, cintakan manusia? Manusia akan tetap pergi meninggalkan kita. Tapi cintakan Allah, allah akan datang lebih dekat dengan kita. In Sya Allah....
Akhir kata, kalau dah nak tu, nikah ja la. Bila nikah,Majoriti perkara yang kita buat semua halal. Tambah lagi kalau niat kerana Allah. Fuyyooo!! Nikmat bukan?... Ingat! Nikah connecting people.
Thursday, 22 October 2015
Broken Wing
Umum mengetahui bahawa sayap selalunya dikaitkan dengan burung. Kerana burung menggunakan sayap untuk terbang. Ka burung terbang guna paruh?( hambar) Sayap kan.Burung yang boleh terbang la satgi ada pulak yang cakap "eh burung unta x terbang pun". Tak pasai pasai jenuh nak menjawab pulak.Hehe.Jadi bolehkah seekor burung (yang boleh terbang) terbang dengan hanya menggunakan sebelah sayap? Begitu juga dengan mereka yang telah terjebak dengan gejala negatif.
Dalam meniti onak kehidupan sebagai seorang remaja. Kita akan melalui satu fasa dimana kita perlu memilih antara jalan yang baik mahupun sebaliknya.Malangnya, kebanyakan remaja sekarang memilih untuk mengambil jalan yang sebaliknya.Mungkin kita sendiri tergolong dalam golongan ini atau kita mengenal rakan yang terjebak dalam golongan berhaluan negatif ini.Pernah terlintas tak dalam akal anugerah Allah ini mengapa kawan2 kita yang dok main bola skali dengan kita boleh tersasar? Maaf tapi bagi saya, punca masalah kawan2 kita tersasar adalah kerana kita sendiri.
Dalam kitab 'wajib asy-syabab al yaum' ( kewajipan remaja muslim hari ini )yang dikarang oleh Dt Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawa salah satu kewajipan remaja muslim pada hari ini untuk berdakwah. Sama ada dakwah islahiah (sesama Islam)mahupun islamiah (kepada non muslim). KITA tetap kena berdakwah. Pernah tak kita cuba untuk tarik rakan kita yang terperangkap dalam genggaman anasir barat itu dari jalan yang salah itu kepada jalan yang benar?Malahan, ada yang terus membiarkan mereka berturusan begitu.Eh Islam tak ajar tau penganut agama Islam buat mcm tu.
Ahli psikologi pernah mengatakan bahawa 'Every Behaviour Serve A Positive Intention'. Jadi sebagai kawan, kita kena paham bahawa semua tingkah laku bawa kepada benda yang baik. Setiap perlakuan manusia mesti dia mahukan perkara yang positif dari tindakannya itu.
Jadi bagaimana kita nak mulakan langkah pertama kita untuk membendung rakan kita dari terus melarikan diri dari jalan yang benar?Perkara yang pertama yang kita mesti faham adalah tidak semua masalah perlu diselesaikan secara directly proposanal dengan masalah yang dihadapi.Kadangkala kita perlu lihat masalah itu dari semua aspek atau segi.Untuk yang muslim, pernahkan kita dengar yang solat tu mencegah kemungkaran. Kan3! Tpi...... kenapa eh?? Bila kita kaji solat itu apa, sebenarnya kita akan dapat tahu bahawa semua perkara yang berkesinambungan dengan solat menbawa kepada amalan nilai murni. Tak percaya?Jom check tengok.
Waktu solat→ Disiplin
Saf → Adil
Khusyuk → Fokus
Bilangan rakaat→ Jujur
Betoi kan? Tu baru sebilangan dari perkara solat, belum semua. Antara perkara yang Allah nak ajaq kita dalam solat adalah cara menyelesaikan masalah. Allah cegah kita daripada melakukan kemungkaran dengan menerapkan nilai2 murni dalam hati kita. Allah menunjukkan bahawa bukan satu sahaja cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Perkara yang sama juga dapat ditonjolkan oleh presiden Turkey. Sapa dia presiden Turkey ni?? Kamal antartuk? Bukannnn......presiden Turkey buat masa ini bernama.....JENG3! Recep Tayyip Erdogan. Kalau nak cerita tentang biodata dia mungkin agak penat saya nak type. Tapi dipendekkan cerita, beliau merupakan orang yang bijak sewaktu beliau ingin membuang sikap suka minum minuman beralkohol. Perbuatan yang dilakukan oleh Erdogan ini mungkin tidak dapat dijangkau oleh sebilangan masyarakat, termasuk saya.Apa yang beliau buat sampai hebat ni sesangat ni?!?!Beliau telah haramkan aktiviti minum arak dalam radius 1 km dari kawasan sekolah.Walaupun tindakannya ditentang segelintir rakyatnya, namun dengan rileknya dia tamparan hebat dengan menjawab "kamu semua nak anak- anak kamu minum arak?".
Nak contoh lagi? Contoh mudah, semasa perjanjian hudaibiyah. Perasan tak yang isi kandungan perjanjian tu nampak berat sebelah.Dimana orang yang Makkah yang berhijrah ke Madinah tanpa kebenaran perlu dipulangkan manakala orang Madinah yang berhijrah ke Makkah tidak perlu dipulangkan semula.Namun, kenapa Islam berjaya membuka kota Makkah??? Bila orangg Makkah berhijrah ke Madinah, bermakna dia menerima Islam dengan ikhlas, dan dia akan dipulangkan ke Makkah dalam keadaan dia beragama Islam, dan orang Madinah yang berhijrah ke Makkah tak semestinya mahu berubah agama, mungkin disebabkan faktor keluarga atau rindu akan rumah. Cuba fikirkan, dalam tempoh yang lama, Makkah atau Madinah yang mempunyai penduduk Islam yang lebih ramai??
Pernah tengok kung fu panda?? Mana ada kunf fu len dah kan, ada ka kungfu biawak?? Tengok macam mana sifu ajar panda? Lain daripada cara lain kan? Dengan menggunakan makanan.
Contoh agenda nasional yang kian hangat diperkatakan oleh semua pihak ialah masalah 'kapel'.Jadi cari punca kepada permasalahan ini. Bagi saya,punca berlakunya 'kapel' ini ialah salah satu atau kedua dua pihak tidak menjaga hijab mereka. Untuk pengetahuan semua walaupun semua dah tau, hijab terbahagi kepada pelbagai aspek, pandangan,cara berjalan, cara berpakaian, cara bercakap.Jadi lihat masalah ini dari sudut yang lain.In Sha Allah kita dapat mengajarkan rakan2 kita tentang cara menjaga hijab terutama di hadapan berlainan jantina.
Jadi bukakanlah minda kita, terutamanya dalam menyelesaikan masalah.Bantu rakan2 kita yang masih lagi terpinga pinga dalam arus dunia kejahilan. Mereka diibaratkan sebagai burung yang hanya mempunyai sebelah sayap sahaja, jadi kitalah yang bertanggungjawab untuk menjadi sayap yang satu lagi supaya dia dapat terbang bebas diudara.Bagi yang pernah atau sedang berusaha menjadi sayap untuk rakan anda, jangan berhenti dan teruskan berjuang,Fighting!, manakala yang belum memulakan langkah pertama sekalipun, jangan biarkan ego yang akan memakan diri terus mengawal diri anda. Mulakan dengan perkara yang baik kerana pepatah arab ada berkata yang maksudnya, permulaan yang baik menunjukkan pengakhiran yang baik.In Sha Allah.